Wasiat

Kamu diwajibkan, apabila seseorang dari kamu hampir mati, jika ia ada meninggalkan harta, (hendaklah) membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik (menurut peraturan agama) sebagai suatu kewajiban atas orang-orang yang bertaqwa - surah al-baqarah 180-

Monday, June 28, 2010

MENGAPA INDIVIDU ITU PERLUKAN PERLINDUNGAN TAKAFUL

MENGAPA INDIVIDU ITU PERLUKAN PERLINDUNGAN TAKAFUL

-Setiap orang sentiasa terdedah kepada musibah atau malapetaka seperti kecurian, kebakaran,penipuan dan banyak lagi yang boleh mengakibatkan kerugian kewangan dan pengurangan nilai

-Risiko atau musibah itu tidak pasti bila terjadi

-Sistem atau saluran bantu membantu tidak dihalang

oleh agama, malah ia sangat digalakkan

-Sistem takaful boleh meringankan beban risiko atau

kesedihan untuk menyambung aktiviti harian hidup

PENGERTIAN TAKAFUL

“Skim yang berasaskan Persaudaraan, Perpaduan dan bantuan bersama yang menyediakan pertolongan dan bantuan kewangan kepada peserta-peserta jika diperlukan di mana peserta-peserta sama-sama bersetuju untuk memberi sumbangan bagi maksud itu.”

CIRI-CIRI TAKAFUL

-Sistem Islam

-Sumbangan Tabarru

-Pelaburan Halal

-Majlis Pengawasan Syariah

-Tiada Unsur Riba

-Tiada Unsur Maisir

-Tiada Unsur Gharar

-Perkongsian Keuntungan

KONSEP ASAS TAKAFUL

Tabarru

Membuat Kebajikan

Membuat Derma Bersyarat

Mengurnia dengan Redha

Al-Mudharabah

Perkongsian Keuntungan Para Peserta dan EIB

Nilai berdasarkan Nisbah yang ditentukan

Nisbah pembahagian bergantung kepada aqad yang dibuat

UNSUR FASID DALAM INSURANS

RIBA

-Peminjaman wang untuk tujuan mendapatkan keuntungan

-Penjanaan dana insurans melalui pelaburan dalam instrumen kewangan yang berurusniaga berasaskan faedah

MAISIR

-Mendapat sesuatu dengan cara mudah tanpa berusaha mengerjakannya

-Peserta membayar premium yang kecil dengan mengharapkan pulangan yang besar

GHARAR

Ketidakpastian di mana terdapat sesuatu yang ingin disembunyikan oleh sebelah pihak dan menimbulkan ketidakadilan kepada pihak yang lain


1 comment:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

wibiya widget