Wasiat

Kamu diwajibkan, apabila seseorang dari kamu hampir mati, jika ia ada meninggalkan harta, (hendaklah) membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik (menurut peraturan agama) sebagai suatu kewajiban atas orang-orang yang bertaqwa - surah al-baqarah 180-

Monday, May 24, 2010

Etiqa sasar RM5b premium

Etiqa sasar RM5b premium
Oleh CYNTHIA YEOH
bisnes@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 24 Jan. - Etiqa Insurans dan Takaful Bhd. (Etiqa) mengunjurkan kutipan premium kasar melebihi RM5 bilion tahun ini menerusi inisiatif yang agresif dan pengenalan produk-produk baru.
Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarahnya, Datuk Aminuddin Md Desa (gambar) berkata, pihaknya akan mengukuhkan jenama Etiqa melalui kempen pemasaran yang agresif.
"Kami akan terus dengan aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan sejak dua tahun lalu ketika jenama Etiqa dilancarkan iaitu menjanjikan perkhidmatan yang mudah dan pantas kepada pelanggan dengan mengambil pendekatan 'Kemudahan Insan Asas Pengurusan Kami'," katanya kepada Utusan Malaysia di sini.
Beliau berkata demikian selepas memeterai perjanjian pelaksanaan program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Risiko dan Insurans (dengan Kepujian) dengan Universiti Utara Malaysia (UUM) yang diwakili Naib Canselornya, Tan Sri Nordin Kardi.
Etiqa merupakan anak syarikat Malayan Banking Bhd. (Maybank) mempunyai 20,000 ejen dengan 38 cawangan di seluruh negara.
Menurut Aminuddin, penguasaan pasaran Etiqa bertambah baik dengan segmen perniagaan baru insurans nyawa, takaful serta takaful dan am berada pada kedudukan nombor satu.
"Sumbangan daripada setiap segmen agak seimbang dan kami bukan pemain khusus malah komprehensif, oleh itu kami cuba menjadi yang terbaik untuk semua segmen," katanya.
Tambah beliau, pihaknya juga akan memperkenalkan lagi antara empat hingga lima produk baru tahun ini dan dijangka produk pertamanya akan dilancarkan pada Mac ini.
Terbaru, Etiqa telah melancarkan Triple Life Protecter yang kini berada di pasaran, jelasnya.
Serentak dengan itu, ujarnya, Etiqa akan mengembangkan sayapnya ke pasaran Indonesia menerusi rancangan pembelian syarikat insurans di negara itu yang dijangka muktamad pada suku ketiga tahun ini.
"Buat masa ini, kami hanya menumpu pasaran Indonesia dan tidak meninjau negara-negara lain kerana Indonesia adalah pasaran terbesar di rantau ini dan mempunyai potensi terbaik bagi permodalan kami dalam pasaran yang sedang berkembang pesat," katanya.
Ditanya mengenai perniagaan lain di luar negara, Aminuddin berkata, operasi dan kedudukan kewangan operasi di luar negara menggalakkan dari tahun ke tahun.
Setakat ini, Etiqa telah menembusi pasaran Singapura dan Brunei Darussalam dan menjalin usahasama dengan sebuah syarikat tempatan di Pakistan.
Mengenai kerjasama dengan UUM, Aminuddin berkata, UUM dipilih sebagai rakan kongsi untuk program itu kerana universiti itu mampu menyediakan peluang dan sokongan pendidikan bermutu tinggi sekali gus menawarkan peserta nilai tambah dan sumber sebagai bantuan terhadap pelajaran mereka.
"Jenama Etiqa yang menjanjikan 'menginsankan' insurans dan takaful mendorong kami mewujudkan dan menawarkan program selama empat tahun bagi meningkatkan pengetahuan, pengalaman dan profesionalisme ejen-ejen," terangnya.

TAKAFUL SARJANA(Simpanan Pendidikan Kanak-Kanak)

PENGERTIAN PELAN PENDIDIKAN SARJANA

  • Menyediakan tabung pendidikan kanak-kanak berserta perlindungan yang komprehensif untuk jangkamasa pertengahan dan panjang.

MANFAAT ASAS

  • Manfaat Matang
  • Manfaat Keilatan Kekal Menyeluruh
  • Manfaat Kematian
  • Pendahuluan Pendidikan (Pilihan)
  • Anugerah Intelek

PEMBAYARAN MANFAAT MATANG


  • Jumlah Akaun Peserta Terkumpul
  • + Mudharabah dari Akaun Peserta
  • +Lebihan dari Akaun Khas Peserta

PEMBAYARAN MANFAAT KEILATAN KEKAL


Tahun Pertama -20% dari Amaun Perlindungan

+Jumlah Akaun Peserta terkumpul

+Mudharabah dari Akaun Peserta


Tahun Kedua - 40% dari Amaun Perlindungan


Tahun Ketiga - 40% dari Amaun Perlindungan

Penamatan kontrak


Pembayaran sumbangan dikecualikan sementara manfaat keilatan dilunaskan.

PEMBAYARAN MANFAAT KEMATIAN

Jumlah Amaun Perlindungan

+ Jumlah Akaun Peserta Terkumpul

+ Mudharabah dari Akaun Peserta

PEMBAYARAN PENDAHULUAN PENDIDIKAN

  • Pendahuluan Pendidikan
  • >Sebahagian dari jumlah Akaun Peserta
  • > tahun sebelum kontrak matang

ANUGERAH INTELEK

Peringkat Kelulusan Anugerah

UPSR 5A RM 500.00

PMR 8A keatas RM 750.00

SPM 8A keatas RM1,000.00

STPM 5A keatas RM1,000.00

CIRI-CIRI PELAN


  • Ketika kontrak matang, kesemua jumlah akaun peserta dan lebihan akaun Khas Peserta beserta mudharabah akan di bayar.
  • Pelan ini menyediakan pendahuluan pendidikan tiga tahun sebelum tempoh matang.
  • Sekiranya berlaku kematian atau keilatan kekal menyeluruh, keseluruhan jumlah perlindungan dan jumlah akaun peserta akan dibayar.
  • Terdapat peruntukan bukan lucut hak melalui sumbangan automatik.
  • Tiada lien juvana.

PANDUAN PENGUNDERAITAN

Had Umur Layak - 14 hari - 17 Tahun*

Tempoh kontrak - 5 Tahun – 25 Tahun

Umur Matang - 13 - 25 Tahun (Pilihan)

Sumbangan Minimum - RM600.00 setahun

(pelan asas + top up rider)

Lat Sumbangan - Tahunan, setengah tahun,

suku tahun dan bulanan

Perlindungan minima - RM10,000.00


Jumlah Perlindungan Keseluruhan untuk juvana terhad hingga RM250,000 sahaja (Pelan Asas+Rider Bertempoh)


ALIRAN SUMBANGAN


TAHUN AKAUN PESERTA AKAUN KHAS PESERTA

1 0% 100%

2 10% 90%

3 50% 50%

4 > 75% 25%

MUDHARABAH

80% Peserta

20% Etiqa Takaful

MANFAAT CUKAI PENDAPATAN


PENGECUALIAN PEMBAYARAN CUKAI

Akta Cukai Pendapatan, 1976. Seksyen 49(1B) telah diperkenalkan mulai tahun taksiran 1996, untuk memberi potongan sejumlah yang tidak melebihi TIGA RIBU RINGGIT bagi premium yang dibayar bagi mana-mana insurans mengenai pendidikan dan manfaat perubatan atas nama individu, isteri individu atau anaknya.

Polisi pendidikan mengikut konteks Akta Cukai Pendapatan, 1976. Seksyen 49(1B)

Jika anak adalah orang yang diinsuranskan,

    • Manfaat pembayar adalah diwajibkan.
    • Tempoh rider mestilah sama dengan tempoh polisi asas.
    • Kesemua jumlah premium (polisi asas serta manfaat pembayar) dibenarkan sebagai potongan.
    • Sekiranya pembayar tidak layak mendapatkan manfaat pembayar (disebabkan risiko tinggi), premium yang dibayar untuk polisi asas tidak layak mendapat potongan.

RIDER TAMBAHAN

Rider Untuk Kanak-kanak


Rider Tambahan

Term Rider (6 bulan – 60 tahun)

Manfaat Kematian & Keilatan Akibat Kemalangan

Accidental Death & Disability Benefit (ADDB)

(Dewasa :18 – 60 Tahun) ;(Juvana : 6 Bulan – 17 Tahun)

Manfaat Hospital

Hospital Benefit (HB) (6 bulan – 55 tahun)

Rider Bertempoh

Term Rider (6 bulan – 60 tahun)

Rider Untuk Pembayar


Manfaat Pengecualian Sumbangan Pembayar

Payor Waiver Benefit (18 – 55 tahun)


Manfaat Kematian & Keilatan Akibat Kemalangan

Accidental Death & Disability Benefit (ADDB) - (6 bulan – 60 tahun)


Manfaat Indemniti Kemalangan

Accident Indemnity Rider (AIR) (18 – 55 tahun)


Manfaat Hospital

Hospital Benefit (HB) (6 bulan – 55 tahun)


Penyakit Kritikal

Critical Illness (CI) (18 – 55 tahun)


Rider Bertempoh

Term Rider (6 bulan – 60 tahun)


Manfaat Pendapatan Keluarga

Family Income Benefit (FIB)

Thursday, May 20, 2010

TAKAFUL MESRA



PENGERTIAN TAKAFUL MESRA
  • Menyediakan perlindungan berserta simpanan untuk masa hadapan dan persaraan.

MANFAAT ASAS

  • Kematangan
  • Keilatan Kekal Menyeluruh (sehingga umur 65 tahun sahaja)
  • Kematian

PANDUAN PENGUNDERAITAN


Perkara

Tempoh/Jumlah Anggaran

Had Umur Layak

6 Bulan - 60 Tahun*

Tempoh Sijil

5 Tahun - 79 Tahun

Umur Matang Maksima

80 Tahun

Sumbangan Minimum

RM600.00 setahun

Lat Sumbangan

Tahunan, setengah, tahun, suku tahun dan bulanan

Perlindungan minimum

RM10,000.00


Jumlah Perlindungan Keseluruhan untuk juvana terhad hingga RM200,000.00 sahaja

(Pelan Asas + Rider Bertempoh)

* Tarikh Lahir Akan Datang

PEMBAYARAN MANFAAT KEMATANGAN

Jumlah Akaun Peserta Terkumpul

+Mudharabah dari Akaun Peserta (Jika ada)

+Lebihan dari Akaun Khas Peserta(Jika ada)

PEMBAYARAN MANFAAT KEILATAN KEKAL MENYELURUH


Tahun Pertama - 10% dari Amaun Perlindungan

+ Jumlah Akaun Peserta terkumpul

+ Mudharabah dari Akaun Peserta

Tahun Kedua - 10% dari Amaun Perlindungan

Tahun Ketiga - 10% dari Amaun Perlindungan

Tahun Keempat - 10% dari Amaun Perlindungan

Tahun Kelima - 60% dari Amaun Perlindungan

Penamatan Sijil

Pembayaran sumbangan dikecualikan sementara manfaat keilatan dilunaskan.

PEMBAYARAN MANFAAT KEMATIAN

Jumlah Amaun Perlindungan

+ Jumlah Akaun Peserta Terkumpul

+ Mudharabah dari Akaun Peserta

ALIRAN SUMBANGAN

TAHUN

AKAUN PESERTA

AKAUN KHAS PESERTA

1

0%

100%

2

10%

90%

3

50%

50%

4>

75%

25%

MUDHARABAH

80% Peserta

20% Etiqa Takaful

RIDER TAMBAHAN


Manfaat Kematian & Keilatan Akibat Kemalangan

Accidental Death & Disability Benefit (ADDB) - (6 bulan – 60 tahun)


Manfaat Indemniti Kemalangan

Accident Indemnity Rider (AIR) (18 – 55 tahun)


Manfaat Hospital

Hospital Benefit (HB) (6 bulan – 55 tahun)


Penyakit Kritikal

Critical Illness (CI) (18 – 55 tahun)


Rider Bertempoh

Term Rider (6 bulan – 60 tahun)


Manfaat Pengecualian Sumbangan Pembayar

Payor Waiver Benefit Rider


Takaful Medic Save Rider

Rider Takaful Medic Save (30hari – 59 tahun)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

wibiya widget