Wasiat

Kamu diwajibkan, apabila seseorang dari kamu hampir mati, jika ia ada meninggalkan harta, (hendaklah) membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik (menurut peraturan agama) sebagai suatu kewajiban atas orang-orang yang bertaqwa - surah al-baqarah 180-

Monday, June 28, 2010

MENGAPA INDIVIDU ITU PERLUKAN PERLINDUNGAN TAKAFUL

MENGAPA INDIVIDU ITU PERLUKAN PERLINDUNGAN TAKAFUL

-Setiap orang sentiasa terdedah kepada musibah atau malapetaka seperti kecurian, kebakaran,penipuan dan banyak lagi yang boleh mengakibatkan kerugian kewangan dan pengurangan nilai

-Risiko atau musibah itu tidak pasti bila terjadi

-Sistem atau saluran bantu membantu tidak dihalang

oleh agama, malah ia sangat digalakkan

-Sistem takaful boleh meringankan beban risiko atau

kesedihan untuk menyambung aktiviti harian hidup

PENGERTIAN TAKAFUL

“Skim yang berasaskan Persaudaraan, Perpaduan dan bantuan bersama yang menyediakan pertolongan dan bantuan kewangan kepada peserta-peserta jika diperlukan di mana peserta-peserta sama-sama bersetuju untuk memberi sumbangan bagi maksud itu.”

CIRI-CIRI TAKAFUL

-Sistem Islam

-Sumbangan Tabarru

-Pelaburan Halal

-Majlis Pengawasan Syariah

-Tiada Unsur Riba

-Tiada Unsur Maisir

-Tiada Unsur Gharar

-Perkongsian Keuntungan

KONSEP ASAS TAKAFUL

Tabarru

Membuat Kebajikan

Membuat Derma Bersyarat

Mengurnia dengan Redha

Al-Mudharabah

Perkongsian Keuntungan Para Peserta dan EIB

Nilai berdasarkan Nisbah yang ditentukan

Nisbah pembahagian bergantung kepada aqad yang dibuat

UNSUR FASID DALAM INSURANS

RIBA

-Peminjaman wang untuk tujuan mendapatkan keuntungan

-Penjanaan dana insurans melalui pelaburan dalam instrumen kewangan yang berurusniaga berasaskan faedah

MAISIR

-Mendapat sesuatu dengan cara mudah tanpa berusaha mengerjakannya

-Peserta membayar premium yang kecil dengan mengharapkan pulangan yang besar

GHARAR

Ketidakpastian di mana terdapat sesuatu yang ingin disembunyikan oleh sebelah pihak dan menimbulkan ketidakadilan kepada pihak yang lain


LEMBAGA PENGARAH

  • TAN SRI DATO’ MEGAT ZAHARUDDIN MEGAT MOHD NOR(Pengerusi)
  • MR DENNIS J ZIENGS(Naib Pengerusi
  • DATUK HJ ABDUL RAHMAN MOHD RAMLI
  • DATUK DR SYED OTHMAN ALHABSHI
  • DATO’ AMINUDDIN MD DESA
  • MR HUGO VAN VLEDDER

JAWATANKUASA SYARIAH

Mengawasi dan menasihati Operasi Etiqa Takaful dari segi:

- Perlaksanaan Tabung

- Pelaburan

- Pembahagian Untung

- Lain-lain Urusan

supaya selari dengan hukum “Syarak”.

-SAHIBUL SAMAHAH DATO’ SERI DR. HAJI HARUSSANI HAJI ZAKARIA (PENGERUSI)

-DR. ISMAIL BIN MOHD @ ABU HASSAN (AHLI)

-DR. MOHAMMAD DEEN MOHD NAPIAH (AHLI)



LATAR BELAKANG SYARIKAT

Mayban Fortis ditubuhkan pada 2001 dengan penggabungan antara bank terbesar di Malaysia iaitu Malayan Banking Berhad (Maybank) dan Fortis International NV, salah satu Perkhidmatan Kewangan Bersepadu terbesar di Eropah.


Dengan pegangan sebanyak 70% oleh Maybank dan 30% oleh Fortis, perkongsian ini memperlihatkan semua kumpulan syarikat syarikat insuran Maybank bernaung dibawah Mayban Fortis Holdings Berhad.


Pada tahun 2005, Mayban Fortis telah berkembang dengan pesatnya dengan pengambilalihan Malaysia National Insurance Berhad (MNI), sebuah syarikat Insuran tempatan terbesar dan anak syarikatnya, Takaful Nasional Sdn Bhd, Pengendali Takaful terpenting di Malaysia

Dari segi kewangan, penggabungan tersebut telah melonjakkan Mayban Fortis ke tangga kedua Penginsuran terbesar diMalaysia dan Pengendali Takaful utama Negara

Untuk tahun kewangan 2006/2007,

- Premium kasar dicatat oleh Mayban Fortis

RM4 billion (USD 1.186 billion)

- Sumbangan dari Takaful direkod sebanyak

RM 900 juta (USD 266.78 juta)

Pada penghujung tahun 2007, usaha penggabungan Malaysia National Insurance dan Takaful Nasional sampai ke kemuncaknya dengan penjenamaan semula keseluruhan kumpulan Insuran dan Takaful kepada nama baru iaitu Etiqa.



Thursday, June 24, 2010

Perjalanan sistem kewangan Islam

Dunia Islam digesa bersatu
Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my


KUALA LUMPUR 21 Jun - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa dunia Islam bersatu bagi membentuk Model Baru Ekonomi (MBE) supaya sektor ekonomi di kalangan semua negara terbabit dapat diperkukuhkan lagi.
Beliau berkata, usaha tersebut tidak boleh dilakukan secara bersendirian malah memerlukan satu proses kerjasama yang melangkaui rangka kerja konvensional kerana ia melibatkan sasaran untuk memberi manfaat kepada umat Islam secara keseluruhan.
Sehubungan itu, beliau menyatakan komitmen Malaysia membantu merealisasikan hasrat tersebut iaitu dengan memberi sokongan sama ada dalam bentuk memberi pandangan atau memenuhi keperluan.
''Jumlah penduduk Islam kini dianggarkan antara 1.4 hingga 1.8 bilion dengan merentasi 148 negara. Jumlah ini akan terus bertambah dari semasa ke semasa.
''Justeru, kita perlu berfikir melangkaui rangka kerja yang konvensional supaya negara-negara Islam dapat menjalinkan lebih kerjasama terutama dalam bidang ekonomi. Melalui cara ini ia mampu memberi manfaat kepada seluruh umat Islam,'' katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Forum Halal Sedunia 2010 (WHF) yang bertemakan Situasi Industri Terkini: Akses Pasaran dan Perdagangan Antarabangsa di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini hari ini.
Turut hadir bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Pengasas WHF, Jumaatun Azmi.
Najib dalam pada itu berkata, industri halal merupakan satu bidang perniagaan yang cukup luas bukan sahaja di negara ini malah di peringkat global.
''Dengan jumlah penduduk Islam yang mencecah antara 1.4 bilion hingga 1.8 bilion dan dalam masa sama kuasa membeli semakin meningkat khususnya generasi muda, syarikat-syarikat berlumba-lumba mengeluarkan produk halal bagi menampung permintaan,'' katanya.
Hasil daripada perkembangan itu Najib berkata, nilai pasaran produk halal di seluruh dunia telah mencecah RM7.45 trilion (AS$2.3 trilion) dan itu tidak termasuk bidang perbankan.
Beliau berkata, daripada jumlah itu 67 peratus (RM4.5 trilion) adalah makanan dan minuman diikuti farmaseutikal 22 peratus (RM1.6 trilion) dan kosmetik serta penjagaan diri RM745.2 bilion.
''Angka-angka ini adalah hasil daripada kajian yang telah dibuat oleh pihak WHF. Sebenarnya saiz industri halal jauh lebih besar daripada ini kerana ia tidak melibatkan sektor perkhidmatan.
''Sekiranya sektor ini turut diambil kira saya percaya jumlah keseluruhannya adalah amat besar sekali,'' katanya lagi.
Di dalam ucapannya, Najib turut menyentuh mengenai usaha menjadikan sistem kewangan Islam menjadi peneraju industri bank di seluruh dunia.
Beliau berkata, langkah itu perlu kerana sistem kewangan Islam mempunyai kelebihan iaitu ia tidak akan terjejas walaupun berlaku krisis ekonomi.
''Perjalanan sistem kewangan Islam seperti mana yang dilaksanakan oleh bank-bank berasaskan syariah adalah berdasarkan kepada keadaan ekonomi yang sebenar.
''Itu yang menyebabkan sistem kewangan Islam tidak menerima kesan walaupun berlaku penguncupan ekonomi baru-baru ini,'' katanya lagi.
Mengenai sistem kewangan Islam di Malaysia, Najib berkata, ia telah diasaskan 45 tahun yang lalu dan kini menjadi kekuatan kepada negara.
''Kejayaan ini adalah hasil komitmen semua pihak. Kita bersama-sama membentuk satu rangka kerja dengan turut melibatkan soal perundangan. Matlamatnya kita mahu sistem ini benar-benar terlaksana.
''Akhirnya, kita berjaya melaksanakan sistem kewangan Islam dan kita bersedia berkongsi pengalaman dengan pihak lain,'' ujarnya.

Monday, June 21, 2010

PEMBIAYAAN PERIBADI UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN, BADAN BERKANUN & MAJLIS TEMPATAN







The origin of Malaysia Building Society Berhad (MBSB) can be traced to the Federal and Colonial Building Society Limited incorporated in 1950. Later than in 1956, it changed to Malaya Borneo Building Society Limited (MBBS), with the Malaysian Government as its major shareholder. MBBS was listed on the Stock Exchange of Malaysia and Singapore in August 1963.

MBSB was incorporated in Malaysia under the Companies Act, 1965 on 17 March 1970, before it was listed on the Kuala Lumpur Stock Exchange on 14 March 1972. The Employees Provident Fund Board (EPF) and Permodalan Nasional Berhad (PNB) are the major shareholders of MBSB.

KEISTIMEWAAN

  • PINJAMAN SEHINGGA RM200K
  • DILINDUNGI TAKAFUL BERKELOMPOK
  • KADAR KEUNTUNGAN TERENDAH 4.9% (TETAP UNTUK 15 TAHUN)
  • KELULUSAN SEGERA & TANPA PENJAMIN
  • BAYARAN BULANAN MELALUI POTONGAN GAJI BIRO PERKHIDMATAN ANGKASA (BPA)
  • CTOS & CTRISS LAYAK UNTUK MEMOHON*

KELAYAKAN

  • BERUMUR 19 TAHUN KE ATAS DAN TIDAK MELEBIHI 58 TAHUN SEMASA TAMAT PINJAMAN
  • BERJAWATAN TETAP
  • BERPENDAPATAN TETAP MINIMUM, RM700/- SEBULAN TERMASUK ELAUN TETAP
  • JUMLAH POTONGAN KESELURUHAN TERMASUK PINJAMAN MBSB TIDAK MELEBIHI 60%
  • TEMPOH BAYARAN BALIK 2 – 15 TAHUN
  • PERLINDUNGAN TAKAFUL BERKELOMPOK



CAJ – CAJ YANG DI KENAKAN

1. Yuran Proses (2.5% dari jumlah pinjaman) Duti Setem (RM50)

2. Perlindungan Takaful (mengikut umur dan jumlah pinjaman)

3. 1 bulan sekuriti deposit (dikembalikan setelah pinjaman dijelaskan)

4. Bayaran kepada Jabatan Insolvensi - carian bankrap (RM12)

5. Amanah Raya Berhad (RM350)

BAYARAN BERSIH ADALAH SEKITAR 95% DARI JUMLAH PINJAMAN


DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

  • 2 Salinan I/C
  • 2 Salinan Pay Slip 3 bulan terkini
  • 2 Salinan Muka Surat Depan Buku Bank @ Penyata Bank 3 bulan
  • 1 Pay Slip Original terkini
  • Surat Pengesahan Majikan @ yang telah disediakan oleh MBSB
  • Surat Penyelesaian Bank dalam angkasa (expired 1 bulan)
  • Surat Opsyen tamat perkhidmatan 56/58 (jika perlu)
  • *Setiap salinan mestilah JELAS & TERANG
  • *Setiap salinan mestilah COP SAH oleh MAJIKAN
  • * Sila guna PEN HITAM








LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

wibiya widget