Wasiat

Kamu diwajibkan, apabila seseorang dari kamu hampir mati, jika ia ada meninggalkan harta, (hendaklah) membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik (menurut peraturan agama) sebagai suatu kewajiban atas orang-orang yang bertaqwa - surah al-baqarah 180-

Monday, June 28, 2010

LATAR BELAKANG SYARIKAT

Mayban Fortis ditubuhkan pada 2001 dengan penggabungan antara bank terbesar di Malaysia iaitu Malayan Banking Berhad (Maybank) dan Fortis International NV, salah satu Perkhidmatan Kewangan Bersepadu terbesar di Eropah.


Dengan pegangan sebanyak 70% oleh Maybank dan 30% oleh Fortis, perkongsian ini memperlihatkan semua kumpulan syarikat syarikat insuran Maybank bernaung dibawah Mayban Fortis Holdings Berhad.


Pada tahun 2005, Mayban Fortis telah berkembang dengan pesatnya dengan pengambilalihan Malaysia National Insurance Berhad (MNI), sebuah syarikat Insuran tempatan terbesar dan anak syarikatnya, Takaful Nasional Sdn Bhd, Pengendali Takaful terpenting di Malaysia

Dari segi kewangan, penggabungan tersebut telah melonjakkan Mayban Fortis ke tangga kedua Penginsuran terbesar diMalaysia dan Pengendali Takaful utama Negara

Untuk tahun kewangan 2006/2007,

- Premium kasar dicatat oleh Mayban Fortis

RM4 billion (USD 1.186 billion)

- Sumbangan dari Takaful direkod sebanyak

RM 900 juta (USD 266.78 juta)

Pada penghujung tahun 2007, usaha penggabungan Malaysia National Insurance dan Takaful Nasional sampai ke kemuncaknya dengan penjenamaan semula keseluruhan kumpulan Insuran dan Takaful kepada nama baru iaitu Etiqa.



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

wibiya widget