Wasiat

Kamu diwajibkan, apabila seseorang dari kamu hampir mati, jika ia ada meninggalkan harta, (hendaklah) membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik (menurut peraturan agama) sebagai suatu kewajiban atas orang-orang yang bertaqwa - surah al-baqarah 180-

Friday, July 16, 2010

Kami akan membantu anda tersenyum


Ingin tahu lebih lanjut lagi tentang produk etiqa takaful seperti skim bonus, skim pencen, skim pendidikan, pinjaman peribadi..Jangan lepas kan peluang berjumpa kami esok iaitu 17 Julai 2010, di Centre Square Sg Petani.. Artis juga turut hadir memeriahkan suasana.. Jadi datanglah beramai2 yer.. kami akan membantu anda tersenyum..

Monday, July 5, 2010

senarai jumlah bulanan mengikut umar, jumlah dana khairat(DK) dan akaun peserta(AP)



Please clik to enlarge pic

Harga satu Hidangan

Setiap orang memerlukan sekurang – kurang nya 3 kali makan dalam satu hari. Ada di antara mereka yang sanggup menghabiskan beratus- ratus ringgit untuk satu hidangan. Ada kalanya kita membawa kelurga kita untuk makan malam si sebuah restoran yang mewah. Kita tidak pernah mengambil kira berapakah bayaran untuk satu hidangan, tetapi yang penting ialah kebahagiaan keluarga.
Kebiasaannya kita tidak pernah berkira berapa kita habiskan untuk perbelanjaan 3 hidangan setiap hari. Setiap bulan kita hanya menghulurkan sejumlah wang kepada isteri kita untuk perbelanjaan harian.
Kita perlulah sedar  tentang jumlah perbelanjaan yang diperlukan oleh keluarga setiap hari. Kebiasaannya saya mulakan dengan menyoal berapakah yang mereka belanjakan untuk makanan selama 1 bulan.
“Encik, berapakah yang encik perlukan untuk makan setiap bulan?”
“RM800.00”
“Encik, anda membelanjakan sebanyak RM800.00 setiap bulan untuk  3 kali makan sehari. Jadi dalam 1 tahun encik memerlukan sebanyak RM9,600.00. Untuk 11 tahun encik  dan  keluarga encik memerlukan sebanyak RM105,600.00 hanya untuk makan  3 kali sehari saja. Jika sekiranya anda tiada lagi di dunia ini, dari manakah encik rasa keluarga encik akan mendapatkan jumlah tersebut untuk membeli makanan mereka  11 tahun  seterusnya?  Oleh itu , encik adakah salah untuk kita menyimpan sebanyak  RM 200.00 sebulan bermula dari sekarang, agar kita masih lagi dapat menyediakan 3 kali makan untuk keluarag kita selama 11 tahun seterusnya? ”
Jika beliau berkata, beliau hanya mampu untuk menyediakan 3 kali makan sahaja untuk keluarganya dan tidak mampu untuk membeli insurans. Saya akan kata : “Jika begitu keadaannya, anda akan meninggalkan keluarga anda tanpa meninggalkan sebarang makanan untuk meneruskan hidup. Adakah anda rasa, keluarga anda dapat hidup tanpa 3 kali makan dalam sehari?”
“Tidak”
“Adakah keluarga anda akan dapat hidup dengan hanya makan  sebanyak 2 kali sehari sekarang?”
“Ya”
“Oleh itu, encik, saya rasa adalah lebih baik anda korbankan sekali makan sekarang demi untuk menyediakan 3 kali makan untuk keluarga anda selepas ini. Sekurang- kurang nya 2 kali makan adalah baik daripada tiada makanan langsung”.

Di harap ia memberikan informasi bermanfaat kepada anda dan sila tinggalkan sebarang comment jika ada sebarang pertanyaan ataupun email ke etikatakaful@live.com



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

wibiya widget